10 PERTAMA ZULHIJJAH

Jika Ramadan dikenali dengan kelebihan sepuluh malam terakhirnya, bulan Zulhijah dikenali dengan kelebihan menggandakan amalan pada sepuluh hari awalnya.
Tahukah anda, Zulhijjah adalah salah satu daripada empat bulan yang dihormati dalam Islam.
Dan seperti juga Ramadhan, bulan ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri terutamanya pada 10 hari pertama tersebut.
Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.
Oleh itu, ambillah peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan amalan soleh.
Lakukanlah apa sahaja amalan dengan ikhlas dan mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
7 AMALAN YANG DIGALAKKAN PADA 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH
- SOLAT
- Mengerjakan solat di awal waktu
- Mengerjakan solat dengan peuh rasa rendah diri dan khusyu’
- Membaca surah-surah yang berlainan di setiap rakaat
- Mengerjakan Solat Sunat Ishraq /Dhuha
- Memanjangkan bacaan dalam solat sunat Tahajud
- BERPUASA
- Berpuasa sekerap yang mampu pada 9 hari pertama terutamanya Hari Isnin-Khamis dan pada hari 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Dengan penuh pengharapan puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang (HR Muslim)
- Qada’ puasa bagi puasa yang tertinggal (jika ada).
- HARI RAYA AIDIL ADHA & IBADAH QURBAN
- Tidak memotong kuku dan rambut sehingga selesai penyembelihan binatang qurban.
- Mengikuti semua amalan-amalan sunnah Aidil Adha.
- Mengerjakan Solat Sunat Aidil Adha dengan penuh rasa semangat.
- Mengerjakan ibadah qurban dengan hati yang ikhlas.
- Makan daging qurban dan memberi makan daging qurban kepada orang lain.
- ZIKIR DAN DOA
- Mempertingkatkan bacaan zikir – Tahlil, Takbir dan Tahmid.
- Membaca zikir pagi, petang dan doa-doa mengikut sunnah.
- Membaca selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
- Memperbanyakkan doa ketika waktu mustajab doa terutamanya pada Hari Arafah.
- HUBUNGAN KEMASYARAKATAN
- Memperkukuhkan hubungan dengan saudara-mara.
- Menjaga kebajikan jiran tetangga.
- Membantu orang yang memerlukan.
- Menyertai program-program sukarelawan komuniti.
- AL-QURAN
- Selalu membaca Al-Quran
- Mendengar alunan ayat suci Al-Quran daripada pelbagai Qari dan Qariah
- Menghafal dan mengulangkaji surah-surah yang dihafal
- Membaca atau mendengar terjemahan dan tafsir
- Muhasabah diri dari terjemahan dan maksud ayat-ayat Al-Quran
- LAIN-LAIN AMALAN
- Sentiasa mengambil peluang untuk melakukan kebaikan.
- Menjauhi perbuatan dan kata-kata yang sia-sia.
- Menjauhi perbuatan dosa besar dan dosa kecil.
- Sentiasa memenuhi masa dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
Akhir kata, sebagaimana meriahnya umat Islam memenuhi setiap masjid dan surau pada bulan Ramadan, hal sama juga perlu dilakukan pada 10 hari awal Zulhijjah ini kerana begitu banyak keistimewaannya yang dinyatakan dalam hadis sahih.
Walaupun peluang mengerjakan haji amat terhad tahun ini, kita harus bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menemui bulan Zulhijjah.
SASARAN KAMI PADA TAHUN 2022 INI ADALAH UNTUK MENAJA SERAMAI
1000 ORANG PELAJAR
UNTUK MENGAJI SECARA PERCUMA BERSAMA KMP
Ayuh bersama-sama kami merealisasikan impian mereka
di luar sana untuk mengaji Al-Quran hingga khatam
Insya-Allah, Dengan tajaan anda, ramai yang dapat belajar Al-Quran.
Bayangkan setiap kali pelajar ini dapat mengaji Al-quran asbab dari tajaan anda,
setiap kali itu juga pahala akan dinilai dan dihitung oleh Allah SWT.
Subhanallah, begitu besar sekali ganjaran Allah janjikan untuk mereka yang menaja.
Demi kelangsungan ahli ilmu, jom sama-sama kita menyantuni pelajar asnaf dan merebut ganjaran PAHALA INFINITI ini dengan menyumbang untuk mereka.
[PENTING] AKAD WAKAF
Mohon dibacakan sekali akad wakaf
seperti di bawah:
"Saya dengan ini berinfaq sebanyak
(jumlah wang yang diinfaqkan)
atas nama (niat infaq atas nama siapa)
untuk tajaan kelas mengaji asnaf KMP"