MALAM LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN DATA


Sepuluh malam terakhir Ramadhan merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan tertentu

Terdapat satu malam, dalam 10 malam terakhir di bulan Ramadhan yang diyakini paling istimewa iaitu Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam merupakan satu malam penuh rahmat dan nikmat paling besar daripada Allah S.W.T

Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan




Ada beberapa pendapat berhubung dengan tanda atau alamat malam Lailatulqadar antaranya seperti berikut:

Malam berkenaan terang dan nyaman serta tidak panas pada paginya

  • Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’ : “Sesungguhnya malam berkenaan bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam itu dan tidak terlalu panas serta tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya sehingga ke waktu pagi. [Umdah al-Qari 11/134]

Matahari terbit pada paginya tidak terang dan tidak panas

  • Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’ : Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut. [Umdah al-Qari 11/134]
  • Daripada Ubai Bin Kaab R.A menyatakan daripada Rasulullah SAW, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”
  • Berdasarkan riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” [Umdah al-Qari 11/134]

Tarikh Malam Lailatul Qadar 2022M/ 1443H (10 Malam Terakhir Ramadhan)

  • Berdasarkan takwim miladiah 2022/1443 Hijrah yang diterbitkan oleh JAKIM, Tarikh malam 10 terakhir bulan Ramadhan bagi tahun 2022M/ 1443H adalah
  • 19 April hingga 1 Mei 2022



PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN



DOA MALAM LAILATUL QADAR



Dianjurkan membaca doa ini pada 10 malam terakhir ramadhan:

Maksudnya: “Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, maka maafkanlah aku”

AMALAN MALAM LAILATUL QADAR


PESANAN IMAM MASJIDIL HARAM

Sebagai kesimpulannya, yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadhan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Tarikh berlakunya Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila atau masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakiNya



SASARAN KAMI PADA TAHUN 2022 INI ADALAH UNTUK MENAJA SERAMAI 1000 ORANG PELAJAR UNTUK MENGAJI SECARA PERCUMA BERSAMA KMP

Insya-Allah, Dengan tajaan anda, ramai yang dapat belajar Al-Quran.

Bayangkan setiap kali pelajar ini dapat mengaji Al-quran asbab dari tajaan anda pada bulan Ramadan di 10 malam yang terakhir.

setiap kali itu juga pahala akan dinilai dan dihitung berlipat kaliganda oleh Allah SWT. 


Subhanallah, begitu besar sekali ganjaran Allah janjikan untuk

mereka yang menaja pada bulan Ramadan ini


Demi kelangsungan ahli ilmu, jom sama-sama kita menyantuni pelajar asnaf dan merebut ganjaran PAHALA INFINITI ini dengan menyumbang untuk mereka.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sumbangan RM50
Sumbangan minimum RM10
Sumbangan Seikhlas Hati (Lebih dari RM10)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Mesej Admin