AWAL TAHUN HIJRAH 1444

Bacaan Doa Akhir Awal Tahun Hijrah 1444 Dan Amalan Sunat
Di Malaysia tarikh 1 Muharram 1444 Hijrah (Awal Muharram / Maal Hijriah) adalah bersamaan 30 Julai 2022 Masihi yang juga merupakan salah satu hari kebesaran Islam
Awal Muharram juga menandakan bermulanya tahun baru di dalam kalendar (Takwim) Islam, dimana ia akan disambut oleh seluruh umat Islam di serata dunia
Tahun Hijrah adalah tahun Islam yang dipersetujui dan dipilih bermula pengiraannya dari tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah pada tahun 622 Masihi
Hijrah difahami sebagai perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah namun dalam kehidupan masa kini konsep hijrah mestilah difahami dengan betul bagi menjadikan seseorang Islam dapat memanfaatkan apa yang tersurat dan tersirat disebaliknya
Bacaan Doa Akhir Dan Awal Tahun 1443-1444 Hijrah Dan Amalan Sunat
Umum memahami peristiwa hijrah adalah perpindahan besar Rasulullah SAW serta pengikut-pengikut baginda waktu itu dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Kita mengetahui bahawa peristiwa hijrah Rasul itu membuka lembaran baru ke arah penyebaran Islam yang lebih cemerlang. Perpindahan itu bukanlah semata-mata kerana putus asa atau melarikan diri, tetapi ia adalah usaha untuk merubah keadaan yang lebih baik, merencanakan strategi yang lebih mantap supaya dapat mengembangkan syiar Islam di muka bumi ini.
Hijrah dalam konsep kehidupan masa kini adalah mencari kehidupan lebih baik, maju dan sempurna pada masa akan datang. Hijrah sepatutnya membawa perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik, sempurna dan diredai Allah, dimana hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai-nilai yang kita amalkan
Sebagai kesimpulan, Hijrah adalah suatu bentuk perubahan yang memerlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan yang ikhlas, proses penghijrahan sukar dilakukan. Pengorbanan pula menuntut semangat jihad dan keyakinan yang tinggi dalam diri. Oleh itu, perubahan dan pengorbanan adalah suatu tuntutan hidup, iaitu berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik
Bersempena dengan Maal Hijrah, umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir dan awal tahun. Berikut adalah lampiran doa akhir dan awal tahun hijrah berserta penerangan waktu untuk mula membaca doa tersebut
Doa Akhir Tahun 1443H
Doa akhir tahun (1443H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1443 Hijrah bersamaan 29 Julai 2022 Masihi (Jumaat)
Doa Awal Tahun 1444H
Doa awal tahun (1444H) pula dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1443 bersamaan 29 Julai 2022 (malam 1 Muharram 1444H)
*Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib
![]()

![]()
SASARAN KAMI PADA TAHUN 2022 INI ADALAH UNTUK MENAJA SERAMAI 1000 ORANG PELAJAR UNTUK MENGAJI SECARA PERCUMA BERSAMA KMP

Ayuh bersama-sama kami merealisasikan impian mereka di luar sana untuk mengaji Al-Quran hingga khatam
Insya-Allah, Dengan tajaan anda, ramai yang dapat belajar Al-Quran.
Bayangkan setiap kali pelajar ini dapat mengaji Al-quran asbab dari tajaan anda,
setiap kali itu juga pahala akan dinilai dan dihitung oleh Allah SWT.
Subhanallah, begitu besar sekali ganjaran Allah janjikan untuk mereka yang menaja.
Demi kelangsungan ahli ilmu, jom sama-sama kita menyantuni pelajar asnaf dan merebut ganjaran PAHALA INFINITI ini dengan menyumbang untuk mereka.