Amalan di bulan Syawal
6 AMALAN DI BULAN SYAWAL
RAMADAN baharu sahaja berakhir dan mudah-mudahan hajat kita untuk mendapatkan rahmat dan keampunan Allah akan dimakbulkan.
Jika pada bulan Ramadan kita banyak mengumpul pahala dengan melakukan amalan termasuklah bersedekah, di bulan Syawal juga aktiviti seumpama itu boleh terus dilakukan. Selain dapat berkongsi rezeki keceriaan di pagi Raya, amalan di bawah juga turut dapat merapatkan ukhuwah sesama manusia.
Tidak salah untuk menjadikan sedekah sebagai amalan kerana perbuatan itu akan menambahkan lagi rezeki.
Biasanya pada bulan Syawal, orang menjadikan pemberian duit raya sebagai cara bersedekah tetapi ada lagi cara lain yang boleh dilakukan pada bulan mulia ini.
Ia menjadi kemestian dalam kalangan masyarakat kita setiap kali tibanya hari raya. Selain diberi pada kanak-kanak, golongan lain yang layak juga berhak menerima duit raya.
kita juga boleh memberi duit raya kepada ibu bapa, fakir miskin, anak-anak yatim, orang uzur, golongan asnaf dan sebagainya.
BERTUKAR JUADAH
Bagi mereka yang hidup berjiran, amalan bertukar-tukar juadah bukanlah satu perkara yang asing.
Selain saling mencuba air tangan masing-masing, perbuatan bertukar juadah juga termasuk dalam amalan bersedekah.
Malah, ia juga boleh mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga.
Pada musim hari raya khususnya, setiap kediaman pastinya 'meriah' dengan pelbagai juadah dan hidangan, apa kata juadah itu dihulurkan juga kepada jiran-jiran.
HADIAH PAKAIAN
Selain diberi kepada ahli keluarga, kita juga boleh bersedekah pakaian kepada golongan miskin.
Jika tiada baju baharu sekalipun, boleh sahaja sedekahkan pakaian sudah dipakai yang masih elok kualitinya untuk golongan tersebut yang memerlukan.
Namun, janganlah pula diberi baju yang sudah lusuh dan rosak. Jangan lupa untuk menilai kualiti pakaian itu dahulu sebelum diberikan kepada orang.
JAGA RUMAH
Bagi mereka yang tidak dapat pulang beraya ke desa, mereka boleh tolong membantu untuk tengok-tengokkan rumah jiran tetangga.
Ini pun sudah menjadi satu sedekah. Mudah bukan? Jika ada unsur-unsur mencurigakan, cepat-cepat hubungi polis bagi mengelakkan sebarang kejadian jenayah.
Inilah fungsi kita sebagai jiran yang bermanfaat. Besar pahalanya apabila berbuat baik kepada jiran tetangga.
ZIARAH DAN BERTANYA KHABAR
Sinonim dengan hari raya, kita pasti akan menziarahi sahabat dan sanak saudara. Aktiviti ziarah juga sebahagian daripada perbuatan sedekah.
Sewaktu melawat kediaman mereka, jangan lupa untuk bertanya khabar.
Selain itu, hubungan persaudaraan juga akan menjadi semakin erat apabila kita saling ziarah menziarahi antara satu sama lain.
INFAQ REZEKI UNTUK KELAS AL-QURAN
Sedekah untuk menaja golongan asnaf mengaji juga boleh dijadikan amalan ketika bulan Syawal. Dalam pada kita menyambut kegembiraan hari raya, jangan dilupakan golongan yang kurang berkemampuan.
Pahala yang mengalir kepada penyumbang akan berterusan selagi mana mereka terus mengaji, bayangkan jika mereka mengaji hingga Khatam dan mengajar pula keluarga mereka dengan ilmu yang telah diajar, pahala berganda-ganda buat penaja.
ALHAMDULILLAH
sehingga ke bulan Ramadan 2022 ini, kami di KMP telah berjaya mengumpul seramai 376 orang pelajar asnaf untuk mengaji secara percuma bersama KMP.
sasaran kami pada tahun 2022 ini adalah seramai 1,000 orang pelajar asnaf tajaan KMP. Ayuh bersama kami menggapai tabung saham akhirat. InsyaAllah, semoga Allah pandang usaha kecil kita untuk mendapat Rahmat dan Syurganya.
[PENTING] AKAD WAKAF
Mohon dibacakan sekali akad wakaf
seperti di bawah:
"Saya dengan ini berwakaf sebanyak
(jumlah wang yang diwakafkan)
atas nama (niat wakaf atas nama siapa)
untuk tajaan kelas mengaji asnaf KMP"