NIAT ZAKAT PERIBADI ?

"SAYA TAU SEDEKAH JE,
ADA LAGI KE MAKSUD LAIN SELAIN TU?"
Apakah perbezaan antara sedekah (derma) Wakaf,Infaq dan Hadiah?
Sedekah bererti pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah SWT
(Rujuk Al-Ta'rifat - 1/132)
Sedekah merangkumi maksud zakat wajib dan sedekah sunat seperti yang dimaksudkan dalam Al-Quran yang bermaksud: "sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir dan orang-orang msikin dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan, (ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Taubah - 9:60)
Pahala orang yang berwakaf akan berkekalan selagi harta wakaf itu masih wujud walaupun selepas kematian pewakaf.
SEKARANG DAH JELAS KAN? ALHAMDULILLAH
Semoga Allah memberikan keberkatan dan kurniakan rezeki yang melimpah ruah buat para penyumbang. InsyaAllah, kami akan jalankan amanah sumbangan puan untuk menaja lebih ramai lagi mereka yang kurang berkemampuan untuk mengaji Al-Quran secara PERCUMA, mudah-mudahan setiap bait-bait huruf mereka mengaji, pahalanya akan terus mengali ke para penyumbang.
Alhamdulillah, sehingga kini, kami di KMP telah berjaya menaja lebih dari 400 orang pelajar yang masih aktif mengaji hingga mereka Khatam hasil dari sumbangan dan tajaan orang ramai yang mempercayai khidmat KMP! MasyaAllah Tabaarakallah!
Kami amat berbesar hati jika anda turut serta dalam kempen 1000 asnaf ini, sasaran kami pada hujung tahun 2023 ini kami dapat menaja seramai 1000 orang pelajar untuk mengaji Al-Quran secara percuma!
Baki pelajar untuk tahun 2023 ada dalam 795 & kami akan tapis bagi memilih yang layak dan berhak terima tajaan sahaja.
[PENTING] AKAD
Mohon dibacakan sekali akad sedekah/zakat
seperti di bawah:
"Saya dengan ini bersedekah/zakat sebanyak
(jumlah wang yang diinfaqkan/sedekah/wakaf)
atas nama (niat infaq/sedekah/wakaf atas nama siapa)
untuk tajaan kelas mengaji asnaf KMP"